ramadhan :: 2013/1434 : bermula



#1434 month of ramadhan, kita bakal diuji lagi, kalau sudah mahir rumi...mari lafaz alif ba ta...


Niat Puasa :

ini niat yang ringkas :

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

“sahaja aku berpuasa di bulan ramadhan kerana Allah Taala”


niat yang lengkap :


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.”


sebenarnya lafaz niat yang mana satu pon dah sah dah dikira. dan ada satu niat lagi ini lump sum terus niat untuk sebulan dan ada yang mengatakan ini adalah niat mengukut mazhab bukan dari mazhab syafie. dan mengikut  pendapat ulamak yang lain kita boleh berniat taqlid (mengikut) niat mazhab yang lain sebab ditakuti nanti kalau-kalau kita terlupa niat tiap-tiap hari. jum tengok lafaz niat untuk sebulan :


نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.”

  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

No comments:

Post a Comment