leisure [Sep14] cameron - congkak


Sat20; melayan depa nie daytrip ke cameron semperna bufday ashraff.. buat trans dari simpangpulai-tapah. sampai umah pkul9.selesai :)


Sun21; lepas tekwando, petang sikit layan mereka lak p mandi manda. plan asal ni bawak mandi kt area pangsoon, macam lepas air besar je, air pun xcantik. tukar tempat kami gerak ke congkak, masuk kena rm1. mandi manda, pkul7 chow balik umah.

sg congkak: http://old.wikimapia.org/#lat=3.2114985&lon=101.8410627&z=13&l=0&m=b

leisure || sep14 | salang village

14-17; sudah lama sangat xpergi dive

Sat13; sepatutnya jumaat dh gerak..boleh delay lak, disebabkan tiket ferry sudah abih..jadi sabtu mlm manggu dtang ambik aku.. kami terus gerak ke rnr seremban dan beduk kt sini sahaja.. tunggu yg lain sampai.. pkul11 lebih baru aznal, liza dgan alif & shikin.. lepak dulu.. kemudian baru gerak masuk hiway..
D01; pkul345 sampai mersing, lepak minum.. chow terus ke tanjung gemok - beli tiket ferry.. pkul630, dlm pkul840 sampai jeti salang.. melepak dulu kt azmi dive, nk tunggu bilik kosong.. layan je nengok pantai, pkul1030 baru ada.. check-in, relax je dulu.. liza & shikin ambik OWD.. geng lain santaiii.. layan swim kat pantai sampai ke petang.. mlm pkul9 kami gerak p makan, balik layan bluess.. sambil aku tido kt luar dgan hammok..

D02; pergh.. nyamuk meriah, aku bangun tido.. terus gerak ke tepi pantai..  p sarap dgan aznal.. relax, pkul850 pejal dgan ijan lak sampai.. fazil xjoint, lepak.. pkul10 setting barang nk dive.. pkul1040 gerak turun..p soyak.. ada 2group.. huh.. mengelabah beruk firstime selama mana aku xdive... guide kami en.fuad.. dia bagi sign turun.. nengok keliling xde orang dah.. turun bawah.. depa tengah tunggu.. manggu xnampak.. cheh.. camera kt dia nie.. layan kan aje.. ada lagi 4org group lain.. view bawah ni memang superb lah.. bile balance tank 50psi je.. aku terus naik atas.. pergh.. bole kahak aku berdarah.. tah apa hal lah.. kepala pening tu biasalah.. nengok mangu dah ada kt atas boat.. lepas tu chow balik, terus pasang tank baru.. kami gerak p makan tengahari dulu.. lepak dan pkul2, p dive kat chebeh.. agak jauh.. kali nie turun sempoi sikit.. turun, air agak keruh.. kali nie balance tank paras.. kami semua naik..  balik lak, pasang tank baru laie.. masing masing pakat nk turun.. pkul430, gerak ke kedor.. layan dalam 45minit.. ada penyu 2ekor.. settle je chow balik.. petang sambung laie skindive lak kat pantai.. semua ada.. abih balik mandi.. pkul9, kami kuar p makan.. jejalan.. pkul10, dah layan tido.. kepala berat.. badan aku berbintik bintik tah kenapa.. geng yg lain pun tah mana menghilang.. apa lagi kasi lelap lah..

D03; hari nie sepatutnya depan nk p gunung kajang.. tapi xjadi pasal guide xde.. tuka plan nk p monkeybay.. dapat tumpang boat..adam, liza dgan syikin nk p dive dan aku aznal ijan pejal mangu follow ADD bawak kami gi naik boat je.. sampai sana.. melepak depa masak lunch.. layan snook.. sempat layan casting jap.. geng yg lain bersiap.. aku pkul430 dah layan berenang je ke salang.. banyak gak port snook yg menarik kt bawah nie.. pkul530 aku sampai pelantar.. ilangkan penat jap.. dan chow terus balik.. sempat laie layan main beachball.. abih balik mandi.. lepak.. mlm depa nie buat makan makan besar.. order ikan bako.. pkul9 chow.. settle.. kena sorang rm40.. balik melepak dlm bilik, aircond kuat.. dah nk tido tu.. aku chow layan hammock je.. pergh.. nyamuk meriah.. zzz

D04; pkul7 ajak aznal p makan.. lepak santai.. balik ke bilik.. pkul10, main snookling je lah.. kt depan.. pkul12 lebih balik packing.. check out.. bergambo.. dan chow ke jeti.. kami tunggu feri sampai.. pkul2 sampai je.. masuk dan chow singgah ambik orang.. sampai kt tanjung gemok pkul440, p parking.. pejal dgan ijan tumpang sini.. gerak terus ke mersing.. singgah cari bank dlu.. kemudian kami p makan kat area pantai.. setle dan chow balik terus.. layan tido dlm keta... dan masuk hiway.. p hantar adam dulu kt putrajaya.. kemudian hantar ijan dan pejal.. singgah kedai wak minum dulu.. angah dgan sahak pun ada.. lepas tu baru mangu hantar aku.. aku sampai umah pkul10 lebih.. dan baring terus...

melepak : http://old.wikimapia.org/#lat=2.8748529&lon=104.1538887&z=16&l=0&m=b

futsal || sep14 | team V vs geng cheras


Tue09; nampak sangat kami dah tua

pkul10.15 gerak ke pimai, pick-up depa semua. mula pkul11.15 dan kami pecah dlm dua team, 15minit setiap kali main.. macam hampeh rasanya bila lawan pasukan yg agak cergas nie.. duk mengejar sana sini.. abih pkul12.15, result entah berapa biji kami terkena.. hihi..

balik lepak minum dulu kt rashid. pkul1 lebih chow p hantar diaorang semua. aku sampai umah pkul2..zzz..

soccer || sep14 | eximbank vs sheratonhotel

thu04; Perlawanan timbalbalik antara kami

1st half 20minit.. bermula agak sengit..persembahan yang kreatif dan menarik ini juga menunjukkan gaya peningkatan corak permainan yang berbeza..inilah yang kita mahu saksikan, bersama beberapa orang sorakan penyokong yang telah berkumpul sejak awal lagi. Tepat jam 18.10 sepakan mula didahulukan oleh pihak Sheraton Hotel.

Pada minit ke 10 permainan Muhammad Hafez Mohd Azhar telah berjaya meletakkan pasukan Eximbank di hadapan dengan sepakan deras yang terbias masuk menerjah gawang pasukan Sheraton. Kemudian beberapa peluang terhidang untuk pasukan Eximbank untuk mendapatkan gol kedua, terutama tandukan daripada Hussin Mullar pada minit ke-16 yang gagal menemui pintu gol. Sheraton berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-19 hasil rembatan penyerangnya dalam kotak penalti Eximbank, setelah menyusup tanpa bayang antara celahan pertahanan terakhir Khairul Nizam. Tiupan wisel kedengaran menandakan berakhir suku pertama berkesudahan 1-1.

Suku kedua, perlawanan antara dua pasukan agak seimbang. Eximbank terus melancarkan serangan disebelah kanan pertahanan Wan Zalizan Wan Jusoh dan paling menarik adalah lintangan jauh kepada Muhd Firdaus Muda pada minit ke-26, tetapi berjaya ditampan oleh penjaga gol Sheraton. Penyerang Sheraton berjaya melakukan percubaan pada minit ke-28, tetapi tidak berjaya membolosi gawang Eximbank. Beberapa peluang terbuka kepada Eximbank sekali lagi apabila larian daripada Mohd Sharol Shah Nekmat tidak berjaya menghasilkan gol apabila bertindak menghantar bola kepada Wan Muhammad Afiq tetapi berjaya dipintas oleh pertahanan Sheraton. Satu lagi peluang terhidang buat pasukan bank apabila usaha yang baik oleh Mohd Azhar Ali apabila berjaya memasuki ruang disebelah kiri sayap Sheraton pada minit ke-35, jolokan mudah kearah Mohd Sharol Shah Nekmat beliau sekadar melepaskan dan memberi laluan bola kearah Nurheezwanizam Abdul Wahab, kilasan silang kearah gawang gol kiri berjaya menghasilkan gol. Hampir minit ke-40, seragan bertali arus Sheraton, dengan terjahan keras dari penjaga gol Eximbank di kotak penalti telah menghadiahkan mereka sepakan penalti, bravo kepada Muhammad Iqbal Roselan tepisan percubaan dapat ditangkis, dengan begitu dramatik. ia berkesudahan 2-1.

Suku ke-3, kedua pasukan agak kepenatan, corak begitu longar sekali dari kedua pihak. Peluang terbaik Eximbank datang pada minit ke-50, apabila rembatan Mohd Nasir Che Mat terkena kaki pertahanan Sheraton. Beberapa peluang tambahan jaringan gagal dari para penyerang kedua pihak, juga dibantu dari kekuatan pertahan disetiap sudut serangan. Larian pertahanan Eximbank Mohd Hafiz Mohamed, juga percubaannya dapat diselamatkan oleh penjaga gawang Sheraton. Suasana terakhir perlawanan dengan tanpa jaringan dari kedua pihak.

Apa-apa pun diucapkan tahniah buat pasukan AllStar di atas kejayaan menewaskan musuh tradisi di rantau ini, Eximbank AllStar Boleh!. berita dari meja pegawai: BEBAS/azharali-Malaysia.

lokasi perlawanan: padang kelab sultan sulaiman, kl

leisure || aug14 | pantai morib

Sun31;
semalam selesai sudah kenduri sepupu aku, arif.

hari sesi berjalan... xde plan asal.. ajak meredah terus ke pantai morib.. pakai nokia map.. terus lock ke sana.. pkul6 petang sampai... pergh.. meriah gak dgan orangramai.. cari port, pasang kemah.. aku layan hammok.. tunggu sunset je.. dlm pkul8 kemas, p makan kat area foodcourt.. pkul9 chow balik cheras..-bebas/azharali:malaysia.

lokasi: http://old.wikimapia.org/#lat=2.7463475&lon=101.4447395&z=11&l=0&m=b

Shot on Nokia N8 by ME.bt