soccer || sep14 | eximbank vs sheratonhotel

thu04; Perlawanan timbalbalik antara kami

1st half 20minit.. bermula agak sengit..persembahan yang kreatif dan menarik ini juga menunjukkan gaya peningkatan corak permainan yang berbeza..inilah yang kita mahu saksikan, bersama beberapa orang sorakan penyokong yang telah berkumpul sejak awal lagi. Tepat jam 18.10 sepakan mula didahulukan oleh pihak Sheraton Hotel.

Pada minit ke 10 permainan Muhammad Hafez Mohd Azhar telah berjaya meletakkan pasukan Eximbank di hadapan dengan sepakan deras yang terbias masuk menerjah gawang pasukan Sheraton. Kemudian beberapa peluang terhidang untuk pasukan Eximbank untuk mendapatkan gol kedua, terutama tandukan daripada Hussin Mullar pada minit ke-16 yang gagal menemui pintu gol. Sheraton berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-19 hasil rembatan penyerangnya dalam kotak penalti Eximbank, setelah menyusup tanpa bayang antara celahan pertahanan terakhir Khairul Nizam. Tiupan wisel kedengaran menandakan berakhir suku pertama berkesudahan 1-1.

Suku kedua, perlawanan antara dua pasukan agak seimbang. Eximbank terus melancarkan serangan disebelah kanan pertahanan Wan Zalizan Wan Jusoh dan paling menarik adalah lintangan jauh kepada Muhd Firdaus Muda pada minit ke-26, tetapi berjaya ditampan oleh penjaga gol Sheraton. Penyerang Sheraton berjaya melakukan percubaan pada minit ke-28, tetapi tidak berjaya membolosi gawang Eximbank. Beberapa peluang terbuka kepada Eximbank sekali lagi apabila larian daripada Mohd Sharol Shah Nekmat tidak berjaya menghasilkan gol apabila bertindak menghantar bola kepada Wan Muhammad Afiq tetapi berjaya dipintas oleh pertahanan Sheraton. Satu lagi peluang terhidang buat pasukan bank apabila usaha yang baik oleh Mohd Azhar Ali apabila berjaya memasuki ruang disebelah kiri sayap Sheraton pada minit ke-35, jolokan mudah kearah Mohd Sharol Shah Nekmat beliau sekadar melepaskan dan memberi laluan bola kearah Nurheezwanizam Abdul Wahab, kilasan silang kearah gawang gol kiri berjaya menghasilkan gol. Hampir minit ke-40, seragan bertali arus Sheraton, dengan terjahan keras dari penjaga gol Eximbank di kotak penalti telah menghadiahkan mereka sepakan penalti, bravo kepada Muhammad Iqbal Roselan tepisan percubaan dapat ditangkis, dengan begitu dramatik. ia berkesudahan 2-1.

Suku ke-3, kedua pasukan agak kepenatan, corak begitu longar sekali dari kedua pihak. Peluang terbaik Eximbank datang pada minit ke-50, apabila rembatan Mohd Nasir Che Mat terkena kaki pertahanan Sheraton. Beberapa peluang tambahan jaringan gagal dari para penyerang kedua pihak, juga dibantu dari kekuatan pertahan disetiap sudut serangan. Larian pertahanan Eximbank Mohd Hafiz Mohamed, juga percubaannya dapat diselamatkan oleh penjaga gawang Sheraton. Suasana terakhir perlawanan dengan tanpa jaringan dari kedua pihak.

Apa-apa pun diucapkan tahniah buat pasukan AllStar di atas kejayaan menewaskan musuh tradisi di rantau ini, Eximbank AllStar Boleh!. berita dari meja pegawai: BEBAS/azharali-Malaysia.

lokasi perlawanan: padang kelab sultan sulaiman, kl

No comments:

Post a Comment