| 29ramadhan :: ride to works : THU16; LASTDAY POSE: BUDAK SEKOLAH SUDAH BERCUTI AWAL, ADO LAH MASO DEN NK MENGAYUH BASIKAL KE OPIS. >more pix |
![]() |
| program rakan || 2015 | feed the homeless,25ramadan: dah seminggu gengsekolah aku nie plan, kolek² sesama kami je. more pix>> |
![]() |
| 20th ramadhan :: yassin nasi kandar: tue07; bukan setakat disektor-sektor kerajaan sahaja yang perlu ada etika cara berpakaian, aku fikir dan berharap moga disetiap bazar-bazar ramadan juga perlu ada notis peringatan supaya mereka lebih bersopan.. perghh.. dia pakaiii.. chiit.. kurang dah pahala aku. bebas/azharali, kualalumpur. notakaki: status diatas tiada kena mengena dgan gamba ini, sesekali mencuba berbuka nasi kandar memang best.. #bagusmencuba. lokasi: http://old.wikimapia.org/#lat=3.1611027&lon=101.6976718&z=16&l=0&m=m info; publicholiday eidul fitr in new york 2015 ツ http://www.nydailynews.com/new-york/education/nyc-schools-close-muslim-eid-holidays-article-1.2137025 http://www.theguardian.com/commentisfree/2014/feb/08/nyc-muslims-eid-school-holiday |
![]() |
| 18ramadan: sun05; semalam aris duk mengajak datang ke sini, hari nie pkul8, dia dh sampai bawah.. jepp dgan arip pun follow.. kami terus gerak ke jugra, pkul852 sampai.. >> link |
![]() |
| Iftar geng sekolah: 17th ramadhan; salam nuzul al-quran: geng sekolah duk mengajak berbuka kat area sini, pkul650, aku baru nk kuar umah.. bawak keta terus masuk mrr2, ke ampangjaya.. penuh orang kt restoran nie.. dah lama sangat aku xjumpa mereka.. itu pun ada yg xdapat bersama.. kami melepak sampai pkul11 lebih.. pergh.. lokasi: 3.1605751 101.7585955 restoran depan me'nate ampangjaya |
| 16th ramadhan || solat jumaat: fri03; hari nie aku tukar port solat jumaat..lah.. dengar itu hari member kata, masjid nie dah siap.. hampir 4tahun mereka cuba membaikpulih bangunan solat masjid jamek ni.. jemaah agak meriah juga, kebiasaan bagi bulan ramadan.., ada juga beberapa bahagian masih dlm ubahsuai. bebas/azharali - kg.baru. |
![]() |
| 12th ramadhan || keep heat: Mon29; mencari keselesaan opis aku nie, bila dah duduk dlm 3jam.. memang rasa nak beku..kebiasaan pkul11 lebih ramai yg turun kat bawah ni.. bebas/azharali - kl. |
![]() |
| ride || jun15 | to works: 9th ramadhan; Fri26: pkul7, aku p hantar anak dulu ke sekolah.. balik umah.. bini siapkan baju kerja aku, capai ms.merlin pkul735 terus pedal masuk mrr2 !!! >>more pix |
![]() |
| 7th ramadhan || bukitC, kg. cherasbaru: wed24; hari ni balik koje aku terus gerak ke area pasarjuadah sini.. menunya sempoi, gerai² nya pun sempoi dan xbesar mana pun.. kalu nk iftar basic memang ado je kt sini.. tadi aku tapow: air tebu rm4, kuihkeria5 rm2, buahtembikai suku rm4.8 dan nasi+ikan rm4.5.. bawak balik.. anakbini depa dah kuar tapow awal laie.. lokasi: http://old.wikimapia.org/#lat=3.112906&lon=101.7514233&z=17&l=0&m=b&v=8 |
![]() |
| 6th ramadhan || search and rescue: tue23; dari 17hb lagi apek ni dah hilang, OH umor 52tahun.. semalam amer dah duk whatsapp aku, mengajak nk joint misi ini.. dibolehkan aje.. msg boss amik EL ツ >>morepix |
![]() |
| 5th ramadhan || bandarbaru ampang: mon22; ini salah satu port aku suka singgah bila ontheway nk balik koje.. banyak gak menu yg bole jamah samosa 5 rm4 tauhu bako rm4 lokasi: http://old.wikimapia.org/#lat=3.1445678&lon=101.7677419&z=16&l=0&m=t |
![]() |
| 4th ramadhan || taman sri bayu: sun21; ajak abgjoe p singah pasarjuadah - dah xreti sangat aku nk membelinya... kuihgelang rm2 tembikai 1/2 rm7.5 nasi lemak kerang rm4 lokasi: http://old.wikimapia.org/#lat=3.122778&lon=101.7740075&z=15&l=0&m=t |
![]() |
| 2nd ramadhan:Fri19; dlm group whatsapp dah kecuh pasal ada orang cina ilang kat bukitsaga udah 3hari lepas.. mereka² set nk buat team SAR.. aku lak deal dgan boy dan pejal.. >> morepix |
______________________________________________________
1st day || 1436h/ 2015 | ramadhan #Jun18 month of ramadhan,.....
Niat Puasa :
ini niat yang ringkas :
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
“sahaja aku berpuasa di bulan ramadhan kerana Allah Taala”
niat yang lengkap :
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.”
sebenarnya
lafaz niat yang mana satu pon dah sah dah dikira. dan ada satu niat
lagi ini lump sum terus niat untuk sebulan dan ada yang mengatakan ini
adalah niat mengukut mazhab bukan dari mazhab syafie. dan mengikut
pendapat ulamak yang lain kita boleh berniat taqlid (mengikut) niat
mazhab yang lain sebab ditakuti nanti kalau-kalau kita terlupa niat
tiap-tiap hari. jum tengok lafaz niat untuk sebulan :
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.”
Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus. Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.




















No comments:
Post a Comment