urusan : sep19 : mahkamah

Khamis26; semalam aku baru teringat kena hadir d mahkamah, kena ambik cuti.

hari ni gerak p settlekan hantar afiq, kemudian ambik ashraf.. bawak p umah mak aku.. dan terus gerak ke jln duta, duk mencari mana mahkamah besar duta.. sampai dekat pkul8, tanya org kt mana mahkamah traffik.. pintu 13.. duk tunggu kt luar, cheh.. xde lak notis kata, suruh masuk terus ke dalam.. dah ramai orang dlm ni.. tunggu semakkan dulu.. aku tengok nama amir pun ada.. aku punya ada 3 dan amir ada 3.. sepatutnya dah mula perbicaraan.. hakim lak ada kes di mahkamah tinggi, kami kena keluar dulu.. aku gerak ke foodcourt, sarap.. bleh lak jumpa raffi, lepak sembang dgan dia jap.. lepas tu aku gerak p okok, dan terus masuk ke mahkamah, pun duk menunggu laie.. hampir pkul11 baru mereka mula proceeding.. macam² kes tranfik lah boleh kita dengar.. hakim lak nampak muda sangat, aku punya turn entah ke berapa.. dlm pkul12 lebih kut.. mula sebutan kes.. nk mudah mengaku semua kesalahan, kemudian hakim tanya ada rayuan, bagilah apa aje alasan yang logik utk hakim buat jumlah angaran yg sesuai utk dikenakan... peguam bela lak cakap "saya minta dipertimbangkan tuan hakim" ayat yg sama je dia duk sebut.. lepas tu baru hakim akan jatuh hukum, aku kena 4charges dan 2 dikecualikan total rm900.. gerak keluar, tunggu surat bill, dapat je baru gerak p kuanter mesin bank islam, deposit duit ikut setiap scan bill yg kena tu.. kalau 4 harus 4kali scan dan slip pembayaran terus bawak ke pintu13, utk ambik IC.. urusan selesai pkul1.. gerak balik..


No comments:

Post a Comment