me || 2020 | movement control order


Saat serunai menjerit suatu hari nanti, Segala yang di langit dan segala yang di bumi, Yang hidup, yang mati, Yang menyamun, yang bijak, Semuanya akan dibangunkan di padang untuk berarak, Baik dan baik cekal bagus, Ikut penunjuk arah Polang kaling bertungkus Lurus mengikut arah Bengkak bengkil dihati Surut dimakan hari Lumrah langlang buana rempuh tembok langkah kiri Jadi dan baik cekal bagus, Terus Zuhud ke bawah, Elak dibakar hangus, atau dihumban ke kawah, Jadi baik kekal rakus, Terus menanam ubi, Ramai mengejar fulus lupa sebar saham budi. Orang dagang dah berlabuh sauh, Sedia siaga di bumi Tuhan, Tenang ku terbang walaupun pun jauh, Bawa pikulan tugas suruhan, Nafsu digendang diriku jatuh, Mungkin kah kerna ku budak hutan, Emosi senang berang dan patuh, Telunjuk Lakhus pun diturutkan, Yang diturunkan engkau lupuskan, Sahabat kudus tak dikhususkan, Kau pupuskan, Kau putuskan, Yang ditumpukan bukan keperluan, Kekal tumpuan buang kemahuan, Tujuan hidup bagaikan ramuan, Dituang iman jadikan acuan dalam perjalanan bersama panduan, Eh, Bukan hanya cukup lima, Bukan sekadar cukup enam, Mahu rasakan delima di Syurga Iman jangan benam, Kerap lima enam kali, Sehari kita diganggu, Teguh jati diri dari dibelenggu rindu bercandu, Jadi, baik (baik), ZUHUD (zuhud), ke bawah tanam budi, Bunuh semua ego yang memagar hati budimu, Baik, sujud walau harta ratus beribu, Berjuta kesan robak rabik hilang kerna budimu, Baik dan baik cekal bagus, Ikut penunjuk arah Polang kaling bertungkus Lurus mengikut arah Bengkak bengkil dihati Surut dimakan hari Lumrah langlang buana rempuh tembok langkah kiri Jadi baik cekal bagus terus zuhud ke bawah Elak di bakar hangus Atau dihumban ke kawah Jadi baik kekal rakus Terus menanam ubi Ramai mengejar fulus lupa sebar saham budi Andam karam waktu dalam salam, Awan gelap karung kunci dada, Ragam malam kenal suara tidak, Dijatuhnya hukum hamba tanpa sua, Rata-rata jadi patah siku kerna risau hunus pisau bocor saku, Mata-Mata jadi lali bisu tanpa hirau hangus jiwa dah terpaku, Kemudi hasrat biar sampai dapat, Berbudi niat gapai yang tersirat, Yang bersekutu mula menggerutu bila timbang mutu, masih rujuk buku, Jadi baik, cekal bagus, Dari riak, bebal terus, Jadi bijak kerna ilmu dari menyalak nafsu cemburu, Jadi baik. Larikan nyawa dari, Lancar mulut celupar, Lara wirang sendiri, Lepas mulut celupar, Ringan menanam budi, HasilNYA usah takut, Dari Maha Pemberi, Pasti nasi di lutut Jadi baik cekal bagus terus zuhud ke bawah Elak di bakar hangus Atau dihumban ke kawah Jadi baik kekal rakus Terus menanam ubi Ramai mengejar fulus lupa sebar saham budi Jadi baik cekal bagus terus Jadi baik cekal bagus terus Jadi baik zuhud ke bawah tanam ubi Jadi baik berbudi dan itu bukan judi Jadi

sejak kes covid19 melanda malaysia pada 23Jan, dan perintah kawalan pergerakan ni telah dikuatkuasa pada 18mar lagi, tiada kedai keramaian dibenarkan. xtau ler berapa lama laie ni. sehingga hari ini jumlah 3,333. 217 kesbaru, 53 kematian baru3. kes pertama telah berlaku di china nov-dec2o19 lagi.

yg pasti.. pengedaran udara makin segar juga kualiti air sungai makin bagus.. aku je makin semak :)

No comments:

Post a Comment