15-16; apabila geng powil gombak berubah arah dari sg.liang,raub ke teratakriverview. kami set lak pergi camping berlaghro kt behrang.
jumaat mlm, jebat dgan syuk datang ambik aku. kami gerak masuk hiway terus ke tanjungmalim. singgah minum kt mamak pekan. lepas tu gerak lak masuk kg.slim.. cari port, selit bawah dlm semak sebab port biasa mereka dah ada orang.. kasi tebas sikit².. pasang hamok ber3, pasang 2 fly.. cukup.. duk menyembang, masak air.. kena air panas sambil borak memang lagho.. tengah malam aku dah sangap, baring dlm hamok.. senyap terus. entah pkul berapa kesejukan, duk cari stokin, buff, glove.. kasi selesa sikit. sabtu pagi, awal aku bangun sakit perut.. cari port, sesambil nengok view lubuk sini.. syahdu gak.. haha.. lepas sarapan, jebat buat lempeng pisang, kena air kopi lak.. pkul10 bersiap set mancing, jebat lepak jaga kemsite.. aku dgan syuk pkul11 gerak ikut denai naik gunung.. lepas cross dua anak sungai, masuk simpang kanan.. terus turun ke lubuk, baru take5, kena okok sebatang, baru mula kasting.. cari lubuk, layan panjat batu dan cross kiri kanan sungai.. agak meletihkan. bila penat sangat lepak laie. layan sampai pkul6petang, aku lak cari lorong yg dulu aku penah masuk, dah lupa atau terlepas.. pkul630 hujan lebat lak, kam tebuk tebas lorong naik bukit... nk cari denai gunung. sementara masih terang sebelum gelap.. akhirnya jumpa gak denai.. masuk mudah laluan balik, hampir pkul8 baru sampai campsite. nengok area sini, makin ramai lak kemah.. meriah sangat. aku lepak kasi hilangkan penat, lepas tu aku mandi nk hilangkan pulak gatal badan ni. macam² rasa ada, bersiap dan lepak. jebat masak laie utk mlm ni. kami makan, lepak saje mengabihkan suasana malam. pkul1 lebih aku lelap, entah pkulberapa bleh lak peha kiri aku rasa nk krem, pergh.. azabbb.. kepala nk pitam lak macam darah xcukup naik kepala. kehulu hilir ler.. nk kasi lega.. cuba baring balik, terasa krem lagi.. berdiri balik.. memang tekanan ler gamaknya.. entah pkul berapa baru aku cuba lelap.. ahad subuh aku dah bangun, xleh nk tido sangat. layan cast jap tepi lubuk. kemudian, balik lagho cembang, jebat siapkan sarapan pulak.. sembang saje ler, petang sikit. kami p meniruk jap. kasi cuci, kemaskan campsite. packing. geng kat tapak sini pun semua dah balik awal, kami otw gerak balik, singah minum kt pekan tanjungmalim, dan chow masuk hiway.. sibuk dgan kenderaan waktu begini... sempat singgah kena cendol kosas. sampai umah pkul8.
covid19 : MY; 9,200 new 25; kematian 125 new 0 & World; 21,845,024 new216,926; kematian 772,779 new 4,743.
No comments:
Post a Comment